Thursday, September 7, 2017

Spaghetti Aglio Olio Udang

Hai semua.Dah lama rasanya tak share resepi dalam blog ni. Hehe. Bukan bermakna dah lama tak masak tapi takde resepi baru nak share. Okla memandangkan sebelum ni Cik Dila tak pernah makan spageti aglio,  jadinya pernah order lah sebab nak rasa.  Sekali sedap pulak.  Tapi kali ni kita buat sendiri pulak supaya boleh lah makan bertambah! Hehe. Jadi,  meh Cik Dila tunjukkan cara paling simple and sweet untuk buat Spaghetti Aglio Olio Udang ni.


Bahan nak buat Spageti Aglio Olio Udang:
  • Sebungkus Spageti 
  • Udang dikupas kulit
  • Bawang putih di racik halus
  • Bawang merah diracik halus
  • Chili flakes
  • Oregano flakes
  • Parsley flakes


Cara buat :

  1.  Rebuskan spageti macam biasa ( didih air panas dan celur sampai lembut).  Nak tahu lembut picit guna tangan.
  2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. 
  3.  Masukkan udang  dan letak segala flakes yang ada ikut suka je. 
  4.  Masukkan spaghetti yang telah direbus dan di tos tadi. 
  5.  Gaul sebati dan letakkan minyak zaitun supaya spaghetti nampak berkilat dan tidak putus apabila di gaul-gaul dalam kuali tu. 
  6.  Rasa dan tambah chili flakes kalau nak pedas lagi.
  7.  Siap! 

Spaghetti ni memang kesukaan Cik Dila tau.  Sebelum ni pernah guna ayam tapi nampaknya udang lagi menyerlah dan sedap rasanya dalam Aglio Olio ni sebab rasa udang yang manis-manis tu. 
Okla,  kalau anda tak pernah cuba buat spaghetti Aglio Olio ni pastikan anda cuba buat dan rasa sendiri!  Memang sodap tak terkato! 

Selamat mencuba!

Post a Comment