Sunday, November 12, 2017

Resepi Mudah : Ikan Selar Masak Asam

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari cuti ni,  selalunya jarang dapat masak kat rumah sebab busy berprogram sana sini.  Jika ada kesempatan,  barulah Cik Dila masak.  Harini alhamdulillah program habis awal dan sempat juga COD set pantang shaklee di hospital tadi kat customer yang bakal bersalin tak lama lagi. Alhamdulillah,  untung runcit yang Cik Dila dapat terus pi shopping baju Ammar memandangkan Ammar pon semakin membesar,  baju semua dah pendek.hehe.Balik je rumah,  perut rasa lapar.  Apa lagi,  Cik Dila pon terus masak lauk yang sangat simple masyallah dan sangat cepat iaitu Ikan Selar Masak Asam. Sempat lah tadi encik suami belikan ikan selar,  ikan favourite kitorang.

Ok, bahan untuk masak resepi ni sangat lah mudah sebab guna bahan asas memasak je. 

Bahan - bahan:
Ikan Selar
Bawang putih (dihiris-hiris)
Bawang merah (dihiris-hiris)
Halia (dihiris-hiris)
Lada hitam
Asam jawa
Garam

Cara masak:
Semudah ABC je, masukkan semua bahan di atas dan masukkan air ( agak-agak je) kalau nak kuah banyak, boleh letak air banyak. Cik Dila suka masak sambil tutup kuali sebab lagi cepat masak.
Pastu rasakan masam,  masin nya.  Kalau kurang masam,  tambah lah lagi asam jawa. Dan siap dah!
Harini makan lauk ni dengan tempe.  Kalau makan lauk ni,  Cik Dila suka sangat kuah banyak.  Sebenarnya ni lauk berpantang tapi tak salah pon makan masa tak berpantang ni hehe.  Menu sihat lagi pon.


Okla selamat mencuba ya. 


Tuesday, November 7, 2017

Krim Paling Selamat Untuk Kulit Bayi

Assalamualaikum semua. Petang-petang ni sesambil main dengan baby Ammar teringat pula pasal Krim paling selamat untuk kulit bayi ni.  Hehe. Korang dah tahu ke pasal krim ni? Alhamdulillah,  selalu sangat Cik Dila dapat call dari customer nak krim ni sebab anak kena ruam kat pipi atau pon ruam lampin. Terbukti krim ni selamat dan berkesan.  Nak pakai kat kulit baby mestilah lah kena pastikan ia betul betul selamat kan.


Sebagai seorang ibu,   Cik Dila  pon sendiri rasa risau bila tengok anak kena ruam ni.  Kesian sangat merah2 kulit dia.Alhamdulillah syukur sangat, anak Cik Dila takde masalah ruam susu mahupon ruam lampin.  Berkat makan set hamil Shaklee sepanjang pregnant agaknya. Hihi. Jadi,  Cik Dila nak perkenalkan kepada yang belum tahu mengenai Krim Paling Selamat iaitu Krim Herbal Blend Shaklee yang dijamin selamat untuk kulit baby anda. 

Apa yang terkandung dalam KRIM HERBAL BLEND SHAKLEE ni? 

4 jenis tumbuhan yang shaklee kaji memberikan kesan yang terbaik bukan sahaja kepada bayi anda tapi juga untuk semua peringkat umur.

1.  Sage
2. Horse Chesnut
3. Yarrow
4. Rosemary

Ini adalah antara 4 bahan yang terdaoat di dalam Krim herbal blend shaklee yang mana ia juga memberikan efek menthol apabila di apply ke kulit. 

Antara fungsi tumbuhan yang terdapat dalam krim ini :

1) bertindak sebagai anti inflammation
2) bertindak sebagai antibacteria, antivirus dan antifungus.
3)  ada efek menthol, rasa sejuk mint2 bila di pakai ke kulit.
4) melancarkan peredaran darah

Disebabkan krim ini bertindak sebagai anti inflammation,  sebab itu ianya sangat berkesan dan selamat digunakan ke atas kulit bayi yang terkena ruam.
 Jadi tak rugi pon ibu-ibu yang nak guna krim ini untuk kulit baby anda.

Cuma , nasihat saya pastikan anda dapatkan dari pengedar shaklee yang sah atau pon
 boleh dapatkan dari team #SuperstarzFamily kerana team kami mendapat  konsultasi dengan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman.


hubungi Cik Dila ye untuk dapatkan herbal krim shaklee di sekitar seremban! 
yang jauh, Cik Dila boleh poskan jangan risau. hehe


Sunday, November 5, 2017

Pati Resveratrol Paling Pekat, Vivix Shaklee

Sebelum ni Cik Dila ada terangkan pasal khasiat Jus Resveratrol,  kali ini pulak Cik Dila nak cerita tentang satu Pati Resveratrol Paling Pekat iaitu VIVIX SHAKLEE.Vivix merupakan produk yang paling mendapat permintaan tinggi bagi orang yang benar-benar nak jaga kesihatan terutama orang yang menghidap penyakit kronik.  Vivix bukanlah sejenis supplemen tapi ianya minuman kesihatan dan jauh sekali vivix bukan ubat.




Apa ramuan yang terkandung di dalam vivix?
Shaklee menggunakan 4 jenis tumbuhan semulajadi yang mana fungsi setiap tumbuhan tersebut sangat banyak memberi kebaikan kepada kesihatan manusia.  Maha Suci Allah yang menjadikab alam semulajadi untuk manusia berikhtiar.  Alhamdulillah.

Bahan utama di dalam Vivix ialah:



1.Anggur muscadine
Angggur muscadine ni dikatakan saiznya sebesar bola golf dan spesis anggur paling powerful kerana mempunyai extra kromosom. Anggur muscadine ni merupakan bahan utama yang ada dalam VIVIX.  Kehebatan Anggur Muscadine ni adalah ia  mengandungi kandungan Resveratrol paling kaya yang berfungsi sebagai Antioksidan paling kuat.

Kebaikan anggur muscadine :

i)  memulihara sel yang rosak
Kromosom yang terdapat dalam anggur ini membantu memulihara sel-sel manusia yang rosak.

ii) memelihara kesihatan jantung
Sakit jantung bukanlah disebabkan kolestrol,  tapi disebablan salur darah yang rosak menyebabkan kolestrol melekat.  Jadi,  anggur ini mempunyai fungsi untuk membaiki salur darah yang rosak.
 
iii) Membantu badan melawan radikal bebas
Kandungan Resveratrol yang terdapat di dalam anggur ini dapat menguatkan sistem imun manusia untuk melawan radikal bebas.


2. Purple Carrot

Lobak Ungu atau Purple Carrot mempunyai Astaxanthin yang merupakan Antioksidan paling tinggi.

Kebaikan Lobak Ungu :

i)  warna ungu itu tersendiri menunjukkan ia mempunyai Antioksidan.
ii) menjaga kesihatan otak, mata dan jantung
iii) membantu mengatasi masalah nyanyuk












3. Elderberry
Elderberry mempunyai komponen yang dinamakan ELLAGIC ACID yang sangat bagus untuk melawan kanser.

Kebaikan elderberry :

i)  membantu melawan virus yang menyebabkan flu seperti H1N1
ii) menstabilkan sistem in
iii) melawan jangkitan yang menyebabkan flu
iv) membantu merawat jangkitan bakteria dan virus
v) bagus untuk kesihatan imun dan pernafasan.












4. Japanese Knotweed

Japanese Knotweed mempunyai bahan yang sangat bagus untuk kanser dan penyakit jantung.

Kebaikan japanese knotweed :

i)  bagus untuk kesihatan perut
ii) bagus untuk merendahkan darah tinggi
iii) membanti menyihatkan pankreas dan penghasilan insulin semulajadi

KAJIAN SAINTIFIK 

ORAC iaitu Oxygen Radical Absorbance Capasity. 
Antioksidan yang bagus adalah Antioksidan yang boleh menyerap oksigen radikal. Jadi, Shaklee telah membuat kajian menggunakan unit ORAC untuk mengukur Antioksidan yang mana lebih tinggi. 


Terbukti Anggur Muscadine paling tinggi antioksidan kerana mempunyai
 Astaxanthin semulajadi paling tinggi.


4 CARA KERJA VIVIX SHAKLEE:
1) melindungi DNA  daripada rosak
2) meningkatkan tenaga sel
3) membaiki sel yang rosak
4) meningkatkan prestasi sel

Apa Masalah kesihatan yang boleh berikhtiar dengan  Vivix Shaklee?
- kencing manis
- darah tinggi
- gout
- kanser
- resdung
- bell's palsy
- alzheimer
- gastrik
- jerawat bernanah
- sakit jantung
- asthma
- obesity
- buah pinggang
- strok
- masalah prostat

Berita baik untuk anda!

PROMOSI NOVEMBER
terlebih-lebih jimattttt!



Sekiranya anda berminat untuk berikhtiar dengan VIVIX,  pastikan anda mendapatkannya dari team #SuperstarzFamily kerana team kami dibimbing oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi. 
Jadi sangat penting untuk anda dapatkan dari pengedar shaklee yang berpengetahuan untuk mendapatkan konsultasi terbaik. 

Hubungi 0145010786 untuk respon segera! 


Saturday, November 4, 2017

Khasiat Jus Resveratrol

Assalamualaikum semua.  Pernah dengar pasal Jus Resveratrol? Dalam entry kali ni,  Cik Dila akan ceritakan apa Khasiat Jus Resveratrol ini. Mungkin ada yang pernah dengar pasal Resveratrol dan mungkin juga ada yang tak pernah dengar. Ok, takpe teruskan baca ye. hihi


Sebelum tu,  kita berkenalan dulu dengan rupa Jus Resveratrol ni.  Haaa  boleh tengok gambar kat bawah ni.  Jus Resveratrol atau dikenali juga dengan nama saintifiknya VIVIX SHAKLEE.
Vivix Shaklee merupakan produk paling tinggi kualiti dan 
ia merupakan jus pati antioksidan paling pekat.

vivix ni dalam bentuk cecair yang pekat berwarna purple gelap sama 
macam warna botolnya.rasa masam masam sedap tau!


Khasiat Jus Resveratrol

1. Memulihkan sel yang rosak akibat radikal bebas
2. Menyokong kesihatan jantung
3.membantu badan melawan radikal bebas
4. Antioksidan paling tinggi kerana mengandungi Astaxanthin semulajadi.
5.membantu penghasilan insulin,  semulajadi
6. Membantu menurunkan paras gula dalam darah
7. Membantu melawan virus penyebab flu
8. Meningkatkan tenaga sel
9. Membaiki sehingga ke tahap DNA.
10.Meningkatkan performance sel

Siapa yang memerlukan Jus Resveratrol?
- kencing manis
- darah tinggi
- gout
- bell's, palsy
- cyst
- fibroid
- kanser
- alzheimer

Berita baik untuk anda!
Bulan ni Shaklee buat promosi untuk sesiapa yang beli Vivix 2 botol,  
anda akan dapat diskaun 5% dengan keahlian percuma!
Terlebih-lebih jimat tau!
Bukan itu sahaja,  apa lagi yang bakal anda dapat sekiranya anda 
beli TWINPACK VIVIX pada bulan ini?

✔️FREE MEMBERSHIP
✔️FREE POSTAGE
✔️CASH BONUS 
✔️ JIMAT RM155


Sekiranya anda ingin dapatkan VIVIX SHAKLEE,  pastikan anda mendapatkannya dari team #SuperstarzFamily kerana team kami dibimbing oleh doktor berpengalaman dan pakar nutrisi serta pengalaman produk 20 tahun.

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Cik Dila ye. 

Resepi: Sambal Tempe Goreng dan Ikan Bilis

Assalamualaikum, hai semua.  Selamat berhujung minggu!  Rasanya dah lama tak kongsikan resepi kat blog ni kan?  Hihi. Maklumlah bila dah ada anak kecik nak masak pon jadi lama nak siap sebab kejap kejap stop. ok, harini Cik Dila nak kongsikan resepi Sambal Tempe Goreng dan Ikan Bilis.


Sebenarnya kan,  Cik Dila bukan lah penggemar tempe. Dari zaman bujang,  kalau makan lauk sambal kentang ikan bilis yang ada tempe tuu,  konfem Cik Dila akan kuis-kuis tempe letak tepi dan ambil kentang je tau.  Tapii lepas dah kahwin dan ada anak ni,  hormon makan tu bertukar 360 darjah.  Yang mana tak suka makan, jadi sedapp sangat aihh. Tu pasal orang kata masa bujang memilih sangat tak makan,  dah kahwin konfem hentam je semua.  Hihi. 


Cik Dila pon suruhlah encik husband carikan tempe. Haritu dah beli tapii sebungkus tak cukup wehh.Tu yang suruh pi beli lagi.Nahhh,  sekali dia beli 5 paket kau.  Muka pon macam tempe. Haha
Okla,  meh Cik Dila kongsikan resepi nak masak sambal tempe ni. 

Bahan yang perlu ada : 

1. Tempe 2 bungkus
2. Segengam ikan bilis
3. Lada kering
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Garam
7. Gula
8. Asam jawa 

Cara penyediaan:

1. Basuh segengam ikan bilis.
2. Tempe dipotong panjang , lepas tu gaulkan dengan kunyit dan sedikit garam.
3. Blender lada kering,  bawang putih dan bawang merah sampai lumat.
Ok apabila semua dah ready.Jom masak!

Cara masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng dulu ikan bilis sampai garing.
2. Lepas tu , goreng pula tempe yang dah digaul dengan kunyit tadi. Goreng sehingga sedikit garing tapi jangan sampai hangus pula.
3. Guna minyak yang sama , kalau terkurang tambah la sikit agak-agak je , masukkan bahan blender tadi.Masak sambal guna api besar bagi cili tu masak.
4. Masukkan garam dan gula serta air asam apabila sambal dah naik minyak.
5. Kecilkan api biarkan sambal masak lama sikit sambil  tu rasa dan adjust lah rasa ikut tekak.
6. Masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaulkan di atas kuali.
7. Siap untuk dimakan.


Alhamdulillah lauk simple dan cepat je harini. Kalau pekena ulam kacang panjang lagi sodap tapi apakah daya ini saje yang ada. Janji makan ye dak? 

oh ye, tempe ni sangat bagus untuk ibu menyusu tau , selain tu Cik Dila amalkan ESP juga untuk susu badan lebih pekat dan anak pon kenyang.

okla, selamat mencuba resepi ni! 



Wednesday, November 1, 2017

Harga Vivix Shaklee 2017

Ramai yang bertanya-tanya berapa sebenarnya Harga Vivix Shaklee ni?  Dalam entry ni, Cik Dila akan terangkan kepada anda harga Vivix Shaklee dan apa beza jika anda beli sebotol atau (2 botol) TwinPack VIVIX.Lepas tu, anda dah boleh pilih sendiri yang mana satu lebih jimat.


Harga sebotol VIVIX Shaklee ialah RM503.50
Jika anda beli 2 botol,  harga sebotol Vivix akan jadi RM402.80.
nampak tak anda boleh jimat lebih kurang RM100 untuk sebotol VIVIX.

Apa yang anda bakal dapat jika beli Twinpack VIVIX?

1. Keahlian Shaklee secara PERCUMA iaitu RM68.90.
2. Diskaun 5% daripada harga sebenar (potongan RM40).
3. Cash Bonus daripada Shaklee sebanyak RM38 ( shaklee akan bank in ke akaun anda pada bulan depan)
4. Postage PERCUMA dari Shaklee (RM10.60)

TOTAL JIMAT ialah lebih kurang RM 157 dengan pembelian TwinPack Vivix pada bulan ini! 

Haa,  best kan? 
Jadi mana satu lebih untung?
Beli sebotol atau dua botol?

*Diskaun 5% Twin Pack Vivix hanya untuk keahlian baru sahaja.

Jika anda berminat untuk dapatkan VIVIX SHAKLEE,  pastikan anda dapatkan
dari team #SuperstarzFamily ya!

Team kami mendapat bimbingan dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta mempunyai pengetahuan produk 20 tahun.
 Jadi,  sangat penting anda pastikan anda beli dengan pengedar Shaklee yang berpengetahuan. 

Hubungi : 0145010786 untuk dapatkan konsultasi mengenai produk shaklee. 


Saturday, October 28, 2017

Kenapa Makan Bcomplex Air Kencing Jadi Kuning?

"Dila , nak tanya sikit lah . Kenapa lepas makan Bcomplex, kencing jadi warna kuning terang ye?  Risau pulak. "
Ramai yang pelik kenapa tiba-tiba warna kencing bertukar menjadi kuning terang lepas makan Bcomplex. Haa, jangan risau ya! Meh Cik Dila terangkan kenapa makan Bcomplex air kencing jadi kuning terang.


KENAPA AIR KENCING BERWARNA KUNING ?

B-complex Shaklee merupakan vitamin B yang lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh manusia. Salah satunya adalah RIBOFLAVIN. Riboflavin ini lah yang membuatkan kencing berwarna KUNING kerana Vitamin B adalah vitamin larut air yang mana sangat mudah diserap oleh badan. Riboflavin yang berlebihan dan tidak diserap oleh badan itu dikeluarkan melalui air kencing dan ianya satu petanda yang bagus kerana buah pinggang kita berfungsi dengan baik.Jadi tak perlu risau bila kencing bertukar warna kuning cerah lepas makan B-Complex. Ianya NORMAL dan TIDAK BERBAHAYA.

PERLU KE KITA MAKAN BCOMPLEX ?

Sangat perlu! B-Complex Shaklee mengandungi kesemua vitamin B yang diperlukan oleh badan. Kalau nak tau , Vitamin B ni adalah vitamin jemaah yang mana apabila cukup kelapan-lapan jenis vitamin B ini , hasil gabungan lebih mantap untuk berfungsi dalam tubuh kita.

ANTARA ORANG YANG MEMERLUKAN BCOMPLEX:
  1. Migrain
  2. Pesakit diabetes
  3. tekanan darah tinggi
  4. kerap sakit kepala
  5. stress yang tinggi
  6. wanita hamil
  7. ibu menyusu
  8. ibu berpantang
  9. ikhtiar hamil
  10. terdedah dengan sinaran matahari
  11. orang yang susah fokus

sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari team kami SUPERSTARFAMILY kerana team kami dibimbing oleh pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta mempunyai pengetahuan produk selama 20 tahun.


Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat

No ID : 1211873






Monday, October 16, 2017

Pengedar Shaklee Seremban, Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

Salam semua, saya Diela Pengedar Shaklee Seremban dan Pengedar Vivix Shaklee Malaysia dalam team yang berpengalaman 20 tahun dalam Shaklee. Saya juga merupakan Pengedar Shaklee Seremban yang mendapat bimbingan doktor dan pakar nutrisi.

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk Shaklee dengan lebih jimat.

No. ID : 1211873


Rawatan Kencing Manis

Ramai pesakit kencing manis beranggapan penyakit kencing manis hanyalah bergantung kepada ubat-ubatan.Hal ini menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk mendapatkan rawatan kencing manis kerana risaukan kesan sampingan berbanding dengan kebaikan yang bakal diperolehi. Persoalan sekarang apakan Rawatan Kencing Manis yang paling selamat?



Tujuan rawatan kencing manis adalah :

1. Bebaskan pesakit daripada kompilkasi yang berkaitan dengan kandungan gula yang tinggi seperti lesu, letih, tidak bermaya, kerap kencing dan kerap dahaga.
2. Menurunkan paras gula kepada paras yang normal.
3. Mengesan dan mencegah komplikasi kencing manis.
4. Mengawal dan mengubati kompilkasi kencing manis yang sedia ada. 

Perkara Penting Yang Pesakit Kencing Manis Perlu Tahu.

Perkara pertama yang perlu pesakit kencing manis tahu adalah kencing manis merupakan penyakit yang perlu dikawal.Pesakit juga perlu faham penyakit ini bukanlah dapat disembuhkan dengan masa yang singkat. Hal ini penting supaya pesakit tidak terburu-buru mencuba pelbagai rawatan yang boleh menyembuhkan kencing manis dalam masa yang singkat.

RAWATAN KENCING MANIS

Rawatan kepada penyakit kencing manis adalah dengan mengubah pemakanan harian. Pesakit kencing manis perlu tahu makanan yang tinggi kandungan gula dan makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks sangat bahaya kepada mereka. Makanan ini lah yang membuatkan paras gula dalam darah meningkat dengan mendadak dan boleh sampai tahap merisaukan! 

1. Karbohidrat kompleks.

makanan yang tinggi Glisemik Index sangat bahaya kepada pesakit kencing manis. Glisemik yang tinggi bermaksud makanan bertukar  menjadi gula dalam badan dengan cepat. Ini menyebabkan gula dalam badan meningkat. Contohnya , nasi putih. Sebab itu, pesakit kencing manis hendaklah mengurangkan porsi nasi ketika makan dan sebaiknya menggantikan dengan makanan karbohdirat yang rendah Glisemik Index seperti ESP SHAKLEE. 

2. Ikhtiar dengan VIVIX

Mungkin ramai pesakit kencing manis berharap mereka boleh kembali sihat seperti biasa. Lagi-lagi pesakit yang sudah pon di potong kaki kerana kencing manis.VIVIX shaklee dapat membantu membaiki sel-sel yang dah rosak dalam badan akibat kencing manis. Kalau perasan, kaki yang buruk dan hitam akibat kencing manis adalah disebabkan sel-sel dalam kaki yang dan rosak dan memburuk dari dalam. Di situlah peranan VIVIX untuk membantu membaiki sel-sel yang dah rosak dengan membina sel-sel baru. 

TESTIMONI PESAKIT KENCING MANIS DENGAN IKHTIAR VIVIX SHAKLEE




Sekiranya anda berhajat untuk ikhtiar dengan VIVIX shaklee, dapatkan produk shaklee dengan team SuperStarzFamily berdekatan anda. Pastikan anda mendapatkannya dari team kami kerana team kami mendapat bimbingan dari pakar nutrisi serta doktor berpengalaman dan 20 tahun pengetahuan produk.

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga yang lebih jimat.

No ID : 1211873




Friday, October 13, 2017

ShakleeBaby : Produk Bayi Shaklee

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu! Alhamdulillah, harini Cik Dila happy sangat sebab produk yang ditunggu tunggu akhirnyaa dah masuk Malaysia iaitu ShakleeBaby, Produk Bayi Shaklee.Yeay!   Insyallah dah boleh start order pada hujung bulan ini. Jadi , meh Cik Dila perkenalkan apa yang ada dalam Set Produk ShakleeBaby ini.



Lepas ini, mak-mak dah boleh dah order Produk ShakleeBaby ni untuk digunakan di kulit baby kesayangan kita tu. Insyallah produk shaklee ni semuanya dijamin selamat dan takde bahan kimia tau. So, don worry be happy! :)

Produk ShakleeBaby yang masuk Malaysia ialah :
  • ShakleeBaby Gentle Wash
  • ShakleeBaby Soothing Lotion
  • ShakleeBaby Massage Oil

ShakleeBaby Gentle Wash



  • berasaskan chamomile, lidah buaya organik yang kaya dengan ekstrak oat dan minyak zaitun menghasilkan rasa yang lembut  dan  membersihkan secara lembut.
  • mengandungi 76% organik dan 99% bahan semulajadi.
  • Insyallah tidak menimbulkan alahan ( hypoallergenic) , mempunyai PH yang seimbang dan telah diuji di atas kulit yang sensitif.

ShakleeBaby Soothing Lotion

  • Di rumus khas dengan bahan-bahan semulajadi iaitu aloe organik dan minyak organik (mentega shea, biji bunga matahari, kelapa) yang dapat menambah nutrien kulit dan melembapkan.
  • Minyak lavender,chamomile, rosemary memberikan rasa menenangkan.
  • Sangat bagus untuk kulit baby yang sensitif.

ShakleeBaby Massage Oil







  • Campuran istimewa minyak organik dan minyak pati untuk pelembab kulit yang lembut.
  • Mengandungi 99% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
  • Lavender dan chamomile bertindak memberi rasa ketenangan.
  • Digunakan untuk urutan bayi selepas mandi.
Bestkan? Mana nak dapat produk baby yang dijamin selamat dan telah pon dijalankan ujian ke atas kulit sensitif ni kann? Cik Dila sendiri rasa excited dan tak sabar nak guna untuk my anak kesayangan tau! Lagipon rasa yakin sikit bila kita tahu semua bahan-bahan yang Shaklee guna untuk keluarkan produk ShakleeBaby ni. 

Jadi, bagi anda yang berminat untuk dapatkan Produk Bayi Shaklee ni, boleh la terus contact Cik Dila. Insyallah hujung bulan Oktober ni dah boleh order. Cuma satu je Cik Dila nak pesan , pastikan anda dapatkan produk Shaklee dengan team SuperStarFamily kerana team kami mendapat bimbingan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta pengetahuan produk selama 20 tahun. Insyallah anda akan diguide sebaiknya oleh team kami.

klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873






Thursday, October 12, 2017

Cara Mencegah Kencing Manis

Assalamualaikum dan salam jumaat. Kalau sebelum ni Cik Dila ada tulis entry mengenai Tanda-Tanda Kencing Manis, kali ni Cik Dila nak kongsikan cara mencegah kencing manis pula.  Dah tahu mestilah kena cegah supaya kita semua dihindari dari penyakit kencing manis ni. Nauzubillahiminzalik...

Seperti yang kita semua maklum, komplikasi kencing manis sangat bahaya untuk kesihatan kita. Sekali kita disahkan penghidap Kencing manis kemungkinan buah pinggang, jantung dan organ lain juga turut berisiko untuk mendapat penyakit lain. Jadi , kita kena tahu dan peduli tentang kesihatan tubuh kita sendiri. Lagi-lagi pada masa kini kencing manis boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira orang dewasa mahupon kanak-kanak. Malah Malaysia dikategorikan sebagai negara yang paling ramai penghidap kencing manis akibat dari gaya hidup serta pemakanan yang tidak sihat.  

CARA MENCEGAH KENCING MANIS



1. Aktif bersukan.

Zaman yang serba canggih dengan teknologi ini menyebabkan ramai orang lebih suka menghabiskan masa di rumah.  Sebab itu, kalau kita lihat ramai orang muda yang mengalami berat badan berlebihan akibat dari gaya hidup yang tidak sihat dan risiko untuk terkena kencing manis sangat lah tinggi apabila makanan yang dimakan tidak digunakan sebagai tenaga.



2. Kurangkan manis dalam minuman. 

Sekarang ni terlalu banyak makanan atau minuman yang dihias-hias agar tertarik mata yang memandang untuk mencuba.  Yang pasti air atau makanan tersebut amatlah tinggi kandungan gula.  Kalau di amalkan setiap hari besar kemungkinan untuk terkena kencing manis itu sangat lah tinggi.  Jadi banyakkan minum air kosong dan kurangkan manis untuk menjaga kesihatan. 



3. Karbohidrat kompleks
.
Karbohidrat kompleks iaitu nasi mempunyai glisemik index yang sangat tinggi. 
GI ini adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula dalam  badan. Oleh itu,
 semakin tinggi GI , semakin cepat kadar gula dalam darah akan naik.
 Sebab itu, jika anda disahkan menghidap kencing manis NASI adalah musuh utama anda! 


4. Minum air kosong setiap hari. 

Latih diri untuk biasakan minum air kosong sekurang-kurannya 8 gelas sehari. Air kosong bagus untuk kesihatan kerana ia dapat melancarkan sistem pencernaan dalam badan dan fungsi organ berjalan dengan baik.


5. Menjaga berat badan

Berat badan sentiasa dikaitkan dengan masalah kesihatan.  Hal ini kerana berat badan yang melebihi BMI normal sudah pasti berisiko tinggi untuk dapat pelbagai penyakit.  Tak lari juga dengan penyakit kencing manis,  darah tinggi dan sakit jantung.
  Jadi,  pastikan berat badan kita berada di tahap yang normal. 


6. Elakkan susu pekat

Susu tin pekat tu sangat tinggi kandungan gula.  Kalau boleh dalam peti ais tu jangan ada susu pekat ni bagi mengelakkan kita kerap buat air pakai susu pekat.  Susu pekat ni kalau di ambil setiap hari, di tambah pula gaya hidup yang tidak aktif memang tinggi risiko kena kencing manis.  


Sekarang kita semua dah tahu kan apa yang menyebabkan kencing manis ni, jadi sama-sama lah kita semua jaga kesihatan supaya kita tidak terkena penyakit yang boleh menyebabkan organ dalaman kita rosak secara senyap. 

Bagi anda yang terkena penyakit kencing manis ini, masih belum terlambat untuk anda berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. VIVIX berfungsi membaiki sel-sel dalaman yang rosak dan sangat berkesan dengan izin ALLAH untuk pesakit-pesakit kronik. 

Kalau nak tahu, mak mentua Cik Dila dulu pon hampir kena potong kaki disebabkan kencing manis tapi ikhtiar hanya 2 botol VIVIX sahaja Alhamdulillah dengan izin Allah luka bercantum kembali dan doktor tak jadi potong. 

Syukurrr masih boleh ikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE.


sekiranya anda ingin mendapatkan produk shaklee , pastikan anda dapatkan dari team SuperStarFamily atau dari Cik Dila sendiri kerana team kami mendapat bimbingan dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta pengetahuan produk 20 tahun.

klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk Shaklee dengan lebih jimat. 

No. ID : 1211873










Monday, October 9, 2017

Simptom Kencing Manis


Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) terutama selepas pengambilan makanan oleh penghidapnya.

Jenis Diabetes

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :
  1. Diabetes jenis I iaitu diabetes yang bergantung kepada INSULIN. Diabetes jenis ini dicirikan dengan kegagalan penghasilan INSULIN oleh pankreas.Biasanya penghidap diabetes jenis ini memerlukan suntikan INSULIN untuk pengawalan tahap glukosa dalam darah. 
  2. Diabetes Jenis II iaitu diabetes disebabkan kerintangan insulin/ penghasilan insulin yang berkurangan.Diabetes jenis ini boleh dikawal dengan memantau pemakanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas.
  3. Diabetes Gestasi ialah diabetes yang dialami oleh wanita hamil.Diabetes jenis ini lebih kurang sama macam Diabetes Jenis II kerana masalah kekurangan penghasilan insulin ketika hamil. Hal ini kerana , insulin yang diperlukan adalah lebih untuk keperluan bayi sekali. Jika badan tidak mampu menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam perut, maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

Simptom Gejala Kencing Manis

1. Kerap Kencing

2. Cepat rasa haus

3. Rasa lapar berlebihan

4. Penurunan berat badan secara mendadak

5. Penglihatan menjadi kabur.

6. Cepat rasa letih

7. Kebas tangan / kaki

8. Nafas berbau

9. Luka lambat sembuh

10. Masalah kulit

Jika ahli keluarga anda menghidap penyakit Kencing Manis, kemungkinan anda juga boleh terkena penyakit kencing manis sekiranya tidak menjaga pengambilan makanan dan kurang bersenam.

Kencing Manis bukanlah penyakit yang disebabkan kuman, bakteria ataupon virus. Tapi kencing manis terjadi akibat kekurangan insulin yang di hasilkan oleh tubuh. Oleh itu Cik Dila pesan supaya kita semua jaga kesihatan, banyakkan bersenam dan kurangkan pengambilan gula putih. 

bagi anda yang ingin berikhtiar dengan VIVIX shaklee, insyallah Vivix dapat membantu membaiki sel-sel yang dah rosak dalam badan dengan izin Allah kerana kandungan tumbuhan yang ada dalam Vivix dapat membantu. 


antara testimoni customer yang berikhtiar dengan VIVIX shaklee.





Tak salah jika mencuba kerana kesihatan yang ALLAH bagi ini tiada galang gantinya. 
nanti Cik Dila share kan cerita tentang kaki mak mentua Cik Dila yang hampir
 kena potong kembali pulih macam sedia kala asbab amalkan 2 BOTOL VIVIX sahaja.


klik : Daftar Ahli untuk pembelian produk shaklee dengan lebih jimat.

No ID : 1211873

Khasiat Peria Katak

Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia diakui sejak zaman dahulu akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Ada 2 jenis peria iaitu :
  1. peria biasa ( berbentuk panjang)
  2. peria katak (saiz kecil dan kulit menggerutu)
Peria ini mudah diperolehi di negara beriklim tropika ,panas dan khatulistiwa seperti Malaysia, Indonesia,Sri Lanka, India dan Filipina.ok , jom kita tengok Khasiat Peria Katak untuk kesihatan.



Khasiat Peria Katak

1. Setiap 100 gram peria mengandungi protein untuk membina tisu badan, 3.7 gram karbohidrat (tenaga) ,2.8 gram serat (penghadaman) dan 94.03gram air.

2. Setiap 19 mg kalsium dalam peria katak boleh menguatkan tulang dan gigi.Sejumlah 296 mg Potassium , 17mg Magnesium,0.43gram zat besi,lemak dan mineral.Tinggi kandungan Vitamin A, Vitamin C ,Karotena dan Asid Folik.

3.Peria boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.
- caranya minum segelas perahan buah peria muda yang dicampur perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama 3-4 bulan.

4. Peria membantu pesakit gout ,lelah, darah tinggi dan kencing manis.
- Caranya, minum segelas perahan buah peria muda bersama perahan limau nipis.

5. Peria mengatasi masalah ketagihan alkohol.
- Caranya, ambil segengam daun peria ,cuci bersih dan hancurkan dengan segelas air.Tapis dan cuba minum air perahan darinya.

6. Peria merawat buasir.
- Caranya , campurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan.Akarnya dilumatkan dan airnya di sapukan di bahagian buasir.

7. Peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan.
- Caranya , makan buah peria muda sama ada secara mentah, rebus, goreng atau dijadikan antara bahan asas dalam hidangan masakan seharian.

8. Peria merangsang pengeluaran susu badan.
- Caranya, jadikan peria muda sebagai ulam.Jangan lupa rendam dengan air garam untuk buang toksik.Elok bagi wanita yang baru bersalin.

Ramai juga orang yang menggunakan peria katak sebagai ikhtiar untuk masalah kesihatan.Alhamdulillah syukur sangat dengan nikmat tumbuhan yang Allah cipta ni semuanya memberi manfaat kepada kesihatan kita. Tapi biasalah , peria yang terkenal dengan rasanya yang pahit semestinya ramai tak suka makan walaupon khasiatnya banyak untuk kesihatan. 

Untuk anda yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis, gout, darah tinggi eloklah amalkan makan peria katak ni dan boleh cuba resepi yang lazat ini.
Kalau tak mampu nak telan jugak, boleh cuba vitamin Shaklee :)


Klik : Daftar Ahli untuk pembelian produk shaklee lebih jimat.

No ID : 1211873