Wednesday, September 27, 2017

Harga Set Kurus Shaklee


Bila cakap soal kurus,  Cik Dila tahu ramai orang kat luar sana tercari- cari produk yang selamat untuk bantu menguruskan badan. Tapi kebanyakkan orang " nak kurus dengan cepat " dan nak
 " produk murah". Bahaya tau jika hanya mengambil kira 2 perkara ini je untuk bantu selesaikan masalah kita. Jadi ,Cik Dila nak kongsikan bagaimana cara nak dapatkan produk yang dijamin selamat, bebas bahan kimia dan berkesan sampai anda sendiri puas hati. 

Sebenarnya,  Shaklee tidak lah mahal setanding dengan kesihatan kita. Lagi pula kebanyakan produk shaklee semuanya tahan berbulan-bulan dan sangat berbaloi dengan harga yang anda bayar. Yang paling penting produk shaklee telah terbukti selamat dan bebas dari bahan kimia sebab dah terbukti dengan Master Haji Roslan yang sudah 25 tahun makan shaklee alhamdulillah masih sihat dan tiada masalah buah pinggang walaupon makan vitamin shaklee berbotol-botol sepanjang hidup dia. Ini semua adalah usaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik dengan izin Allah. Nanti Cik Dila akan senaraikan harga set kurus shaklee di bawah. Teruskan membaca ya ! :)

Bagi anda yang berhajat untuk kuruskan badan.  Ada beberapa perkara yang berkait rapat dengan masalah anda perlu di ambil kira antaranya : 

1. BMI
2. Gaya hidup
3. Pemakanan seimbang
4. Nafsu makan

4 perkara ni perlu di kaji dahulu sebelum anda membeli vitamin shaklee.  Sebab tu,  pentingnya beli shaklee dengan pengedar yang sah macam Cik Dila dan team #superstarzfamily tau supaya anda di consult mengikut masalah yang anda hadapi.Bukan sekadar menjual vitamin shaklee semata-mata. 
Tujuan  anda membeli Set Kurus Shaklee adalah untuk menurunkan berat badan. Jadi, sangatlah rugi jika anda terus membeli di kedai / toko jamu yang jual shaklee tanpa di consult terlebih dahulu. Kemungkinan vitamin tersebut tidak bersesuaian dengan anda.



HARGA SET KURUS LENGKAP SHAKLEE

 

klik SINI untuk harga set kurus lengkap shaklee.

Set Kurus Lengkap Shaklee mengandungi :
  • ALFALFA = membuang toksik dalam badan
  • HERBLAX = membuang kerak toksik dalam usus
  • ESP = membantu kenyang lebih lama 
  • CINCHSHAKE= memelihara otot agar tidak gelebeh
  • OMEGA GUARD = membakar lemak tepu (especially lemak di organ)
  • LECITHIN = membakar lemak ( lemak bawah kulit / gemuk air)


SET KURUS BAJET

Cik Dila faham, tak semua orang berkemampuan untuk beli semua set lengkap ini, jadinya Cik Dila senaraikan Set Bajet  untuk membantu anda yang kurang bajet mendapatkan supplemen.


 Shaklee menggunakan 3B dalam proses menguruskan badan. 

3B tersebut ialah :

i) BINA OTOT


ii)  BAKAR LEMAK


iii) BUANG TOKSIK


untuk dapatkan harga untuk setiap satu supplemen di atas boleh klik SINI 


PERBEZAAN SET LENGKAP DAN SET BAJET

perbezaan bagi kedua set ini adalah masa yang di ambil untuk menurunkan badan. Kalau anda seorang yang penyabar dan nak jimat , boleh amalkan set bajet shaklee. Cumanya ia akan makan masa paling lama 6 BULAN SECARA KONSISTEN untuk nampak hasilnya.Yang ni bergantung pada individu, kalau badan tak banyak toksik makan Set Bajet ni dalam masa 2 minggu dah nampak kesan. Kalau tak nampak kesan maknanya badan anda banyak toksik.

macam kita semua tahu lah, bajet sikit, result pon lambat. Jadi, kalau anda nak hasil yang
 cepat, beli lah set kurus lengkap. Insyallah sangat membantu. 

Apa-apa pon, Cik Dila galakkan kepada anda yang nak kurus untuk mendapatkan konsultasi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli vitamin Shaklee. Hal ini adalah untuk 
mengelakkan anda tersalah beli dan membazir jika tidak bersesuaian dengan anda. 

Boleh terus hubungi Cik Dila atau mana-mana pengedar shaklee berdekatan anda 
untuk mendapatkan kosultasi secara percuma. Pastikan anda mendapatkan produk shaklee dengan team SuperStarzFamily dengan bimbingan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta pengetahuan produk 20 tahun.

klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873

Your Trusted SID ,


Monday, September 25, 2017

Set Kecantikan Shaklee : Cantik Di Dalam , Berseri Di Luar

Assalamualaikum semua. Nampaknya dah nak penghujung bulan September ni kan,  Cik Dila baru berkesempatan nak share tentang promosi bulan September 2017 ni iaitu Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 dengan tema Cantik Di Dalam, Berseri Di Luar. Gituuuu tajuk temanya. Hehe


Pernah kan kita rasa cemburu bila tengok kulit orang licin, flawless, berseri macam orang korea kan?  Sape tak jeles tu memang pelik.  Hehe .Orang kita ni selalu sangat ada masalah kulit berjerawat, kulit kusam, kulit kering atau berminyak dan yang paling menakutkan adalah kulit lebih berusia dari umur sebenar!  Aduhh,  memang MALU rasanya bila orang panggil kita makcik padahal umur baru 20-an.

Satu perkara yang kita semua kena tahu adalah semakin meningkat usia,  semakin berkurangan kolagen dan elastin dalam badan kita.  Kolagen dan elastin inilah dua elemen yang sangat penting yang berfungsi untuk menegangkan kulit wajah kita.  Ok,  jom kita tengok ada apa dengan Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4.

Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4

Dalam set kecantikan ini,  ia mengandungi 4 nutrients penting yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. 

1. Build (bina)
2. Firm( anjal)
3. Protection(perlindungan)
4. Moisturizer (melembapkan)

  • BUILD (BINA) DENGAN PROTEIN.
Mungkin ramai yang tak tahu blok asas penghasilan kulit ialah PROTEIN. Protein sangat membantu dalam penghasilan sel baru dan membaiki sel kulit yang sedia ada. 

  • FIRM ( ANJAL)  DENGAN KOLAGEN
Semakin berusia,  semakin berkurang kolagen dalam badan.  Jadi untuk menganjalkan kembali kulit,  kolagen sangat diperlukan kerana ia menjadikan kulit  sihat,  membaiki kelenturan kulit dan menegangkan kulit.

  • PROTECTION (MELINDUNGI) DENGAN VITAMIN C
Ramai orang tahu,  vitamin C sangat diperlukan oleh kulit untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan menyokong penghasilan kolagen serta menjadikan kulit lebih cerah dan bersih.

  • MOISTURIZER (MELEMBAPKAN) DENGAN GLA

Gamma Linolenik Asid ( GLA) berfungsi mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan keradangan seperti kulit kering atau kegatalan serta mengurangkan sensitiviti pada kulit. 

Berita gembiranya! Kesemua 4 nutrient ini adalah  menepati keperluan dalam Set Kecantikan Shaklee The Radiant 4 iaitu :


Untuk bulan ini sahaja, PROMO THE RADIANT 4 dengan pembelian set ini 
anda akan dapat RM20 E-Discount Voucher sebanyak 3 keping. 

Sekiranya anda berminat boleh terus klik SINI untuk order
 atau terus hubungi Cik Dila untuk saya bantu.  

Pastikan anda mendapatkan produk shaklee dengan team #SuperstarzFamily kerana team kami mendapat bimbingan penuh dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman. 

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat

No ID :1211873


Rahsia Luka Jahitan Lepas Bersalin Cepat Sembuh

Mesti ramai yang nak tahu kan apa rahsia luka jahitan lepas bersalin cepat sembuh terutama yang first time bersalin termasuklah Cik Dila sendiri.First sekali kita kena rasa syukur kepada Allah kerana memberi kita peluang merasai bagaimana sakitnya bersalin. Ada orang tak pernah pon merasai pengalaman bersalin walaupon sudah bertahun-tahun berkahwin.  Dalam erti kata lain,  tidak dikurniakan zuriat.  Setiap ibu yang melalui pengalaman bersalin,  Cik Dila yakin semuanya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

Apa yang Cik Dila nak pesan kat sini jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.  Mungkin ada orang mudahnya bersalin, koyak sikit dan luka cepat je sembuh.  Ada juga orang yang koyak teruk dan makan masa berbulan- bulan untuk sembuh. 


Rahsia Luka Jahitan Lepas Bersalin Cepat Sembuh Dengan VIVIX

VIVIX merupakan minuman botani yang mengandungi ramuan 4 jenis tumbuhan yang istimewa yang mempunyai fungsi membaiki sehingga ke tahap sel. Sebab itu,  ramai yang mengambil ikhtiar dengan Vivix untuk luka bersalin cepat sembuh. Alhamdulillah dengan izin Allah memang sangat membantu!

Ini antara testimoni customer yang consume VIVIX SHAKLEE ketika berpantang:





Pengalaman Cik Dila sendiri pon mengamalkan VIVIX apabila Cik Dila dapati dah sebulan lebih masih terasa sakit di tempat jahitan walaupon jahitan dah kering.  Mungkin dalaman masih belum elok.  Cik Dila amalkan sebulan lebih dan alhamdulillah,  semakin hari  semakin kurang sakit dan boleh bergerak macam biasa. 

Buat ibu-ibu yang ingin luka cepat sembuh,  boleh ikhtiar dengan VIVIX shaklee.  Sangat recommended untuk ibu berpantang! Dalam masa yang sama  susu badan meriah,  badan bertenaga  kulit pon nampak lebih berseri.

Sekiranya anda ingin mendapatkan VIVIX Shaklee boleh terus hubungi Cik Dila atau dapatkan dari team #SuperstarzFamily kerana team kami mendapat bimbingan terus pakar nutrisi serta doktor  berpengalaman. 

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.
No ID : 1211873


Tuesday, September 19, 2017

Senarai Pengedar Shaklee Terbaik Di Seluruh Malaysia

Entry kali ini Cik Dila ingin kongsikan kepada anda Senarai Pengedar Shaklee Terbaik Di Seluruh Malaysia yang aktif. Anda juga boleh Daftar Ahli dengan Cik Dila atau Pengedar Shaklee berdekatan dengan tempat anda. Semoga entry ini membantu memudahkan anda mencari Pengedar Shaklee di sekitar kawasan anda.

Sekiranya anda tidak menjumpai Pengedar Shaklee di kawasan anda, 
boleh hubungi Cik Dila di nombor yang tertera.

Pengedar Shaklee Seremban 


Area COD : Seremban 2, Sikamat, Ampangan 
No tel : 013-394 3706


Area COD :Sekitar Seremban, Seremban 2, Senawang
No tel: 017-689 0244


Area COD : Sekitar Seremban, Sikamat, Ampangan 
No tel: 019-522 6992


Area COD : Bandar Enstek,Nilai
No tel: 019-602 5272

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor (Lembah Klang)


Area COD : Subang Jaya, USJ dan USJ Height, Sunway , Puchong
No tel : 013-310 1221


Area COD : Cheras, Kajang dan Bandar Tun Hussien On
No tel : 019-277 3576


Area COD : Kajang, Bangi , Nilai
No tel : 012-771 7188


Area COD : Cheras, Ampang ,PJ
No tel : 017-463 0426


Area COD : KL , Ampang
No tel : 019-275 2749

6. Nieza

Area COD :Semenyih, Beranang,Lenggeng,Nilai
No tel : 011-1571 8586

7. Ayu

Area COD : Sungai Buloh
No tel : 016-225 6183

8. Muhammad Noor

Area COD : Klang, Meru, Shah Alam
No tel : 013-417 2866


Area COD : Shah Alam, Wangsa Maju, Setapak,Sri Rampai, Gombak, Ampang, Cheras, Bandar Tu Hussein Onn
No tel : 012-370 1514


Area COD : Kuala Lumpur, Sg Besi,Bandar Tasik Selatan, Sogo, Bank Negara, Jalan Raja Laut, Bangi, Cheras
No tel : 014-9209040


Area COD : Bangsar, Pantai Dalam,TM, Universiti Malaya,Kerinchi, Cheras
No tel : 013-333 1610

12. Syasya

Area COD : Putrajaya, Cyberjaya,Bangi dna semua kawasan berdekatan Putrajaya
No tel : 016-225 4805

13. Kiera

Area COD : Shah Alam, Klang, Kapar, Meru,Setia Alam
No tel : 019-307 7392

14. Jannah Ps Low

Area COD : Shah Alam, Klang, Kapar, Meru,Setia Alam
No tel : 017-466 6007

15. Hamidah

Area COD : Seri Kembangan, Taman Equine,Serdang,Putrajaya,Kinrara, Puchong,Cyberjaya, Putra Perdana,Putra Height
No tel : 012-341 4136

Pengedar Shaklee Pantai Timur (Kelantan, Terengganu,Kuantan)

1. Siti Sarah 

Area COD : Kota Bharu, Tumpat, Kelantan
No tel : 013-366 592

2. Cik Nad 

Area COD : Pengkalan Chepas, Kubang Kerian
No tel : 017-413 8689

3. Eda

Area COD : Pengkalan Chepas, Kubang Kerian,Tumpat, Kota Bharu,Pasir Mas, Pasir Puteh,Pulau Melaka, Bachok, Machang,Rantau Panjang
No tel : 013-918 9691


Area COD : Kemaman, Kerteh, Marang,Paka, Kuala Terengganu,Chukai, Dungun, Batu Buruk
No tel : 013-982 0013

5. Hafsah

Area COD : Kuantan Pahang
No tel : 013-561 2253

6. Rosmina

Area COD : Karak Pahang
No tel : 012-988 3729

Pengedar Shaklee Johor Bharu


Area COD : Kulai-JB, Singapura
No tel : 013-409 5132

2. Shakila

Area COD : Kota Tinggi,Skudai & JB
No tel : 013-268 3103

3. Nurhayani

Area COD : Mersing, Kota Tinggi, Johor
No tel : 017-771 0504

Pengedar Shaklee Melaka

 Raihana 

Area COD : Durian Tunggal, Alor Gajah,Gemencheh,Tampin, Tengkera,Bandar Melaka
No tel : 017-660 2808

Pengedar Shaklee Perak

1. Ekin

Area COD : Ipoh,Ipoh Jaya & Seluruh Ipoh
No tel : 017-351 6714

2. Ayu Radzuan 

Area COD : Seluruh Ipoh
No tel : 017-693 9107

Pengedar Shaklee Penang

Aizzah

Area COD : Seluruh Pulau Pinang
No tel : 014-384 3680

Pengedar Shaklee Kedah 

1. Rozana

Area COD : Changlun, Kedah & Perlis
No tel : 011-3559 2664

2. Fasihah

Area COD : Jitra & Alor Setar, Seluruh Kedah
No tel : 019-491 6080

Pengedar Shaklee Perlis 

1. Masyitah

Area COD : Arau, Berseri ,Kangar
No tel : 019-526 2495

2. Hanis

Area COD : Seluruh Perlis
No tel : 013-3080 397

Pengedar Shaklee Sabah

1. Norhany

Area COD : Kota Kinabalu, Ranau, Labuan, Tawau, Beaufort
No tel : 019-809 1987

2. Sha

Area COD : Kota Kinabalu, Ranau, Labuan, Tawau, Beaufort
No tel : 013-921 4778

Pengedar Shaklee Sarawak

1. Fizah

Area COD : Seluruh Sarawak
No tel : 013-807 2640

2. Sudiana

Area COD : Miri, Kuching
No tel : 019-817 5620


Shaklee Independent Distributor (SID)

Untuk pengetahuan semua, Shaklee tidak mempunyai sistem stokis. Shaklee hanya ada AGEN atau PENGEDAR yang sah berdaftar sahaja yang di panggil dengan nama rasmi SID.

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk Shaklee, anda wajib dapatkan dari Pengedar yang sah berdaftar supaya dapat elakkan sebarang penipuan.


Baca lanjut : 




Nak join menjadi Team SuperStarzFamily sebagai WAKIL NEGERI ?
hubungi Cik Dila segera!















YOUTH SkinCare By Shaklee 100% Parabens Free & Natural

YOUTH SkinCare merupakan produk SkinCare terbaru Shaklee yang bakal masuk Malaysia tak lama lagi, di jangka tahun depan insyallah.Rangkaian Penjagaan Kulit Muka , YOUTH SkinCare ini merupakan 100% semulajadi dan dijamin BEBAS parabens, mercury dan bahan kimia merbahaya.

SkinCare YOUTH ini diuji secara dermatologist dan secara klinikal. Selain itu, ia juga diuji dengan pakar mata ( Ophthalmologist) membuktikan bahawa skincare ini selamat dan tidak merengsakan  walaupon pada mata yang sensitif.

YOUTH SkinCare Shaklee


YOUTH SkinCare Shaklee 100% Natural

Produk SkinCare YOUTH Shaklee dijamin bebas bahan kimia merbahaya yang menyebabkan kanser dan pelbagai masalah kesihatan. Produk ini juga mengantikan NUTRIWHITE dan ENFUSELLE.

Penjagaan kulit muka untuk kecantikan dalam YOUTH SkinCare merangkumi 4 langkah asas:




1. Membersih dengan YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


2. Menutup liang pori dengan YOUTH PERFECTING SKIN TONER


3. Memulih dan memperbaiki kulit dengan YOUTH ACTIVATING SERUM


4. Melembapkan kulit serta memberikan nutrisi kepada kulit wajah dengan YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER pada waktu siang dan 
YOUTH ADVANCE RENEWALNIGHT CREAM pada waktu malam.

* Penjagaan Extra dengan YOUTH RADIANCE C & E yang mengandungi Vitamin C 
dan E untuk meningkatkan keserian dan kecerahan kulit wajah, menghilangkan kedutan serta menegangkan kulit wajah.






bestnyaaaa SkinCare YOUTH ni dengar cerita tak lama akan masuk Malaysia. Cik Dila memang tercari-cari SkinCare yang betul-betul selamat untuk kulit wajah ni supaya takde masalah kulit hancusss akibat skincare murahan yang banyak bahan kimia tu. 
Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai SkinCare YOUTH ni,
 cepat-cepat hubungi Cik Dila ye untuk update terkini! 

klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873















Pengedar Shaklee Seremban Yang Aktif

Assalamualaikum semua. terima kasih kerana sudi berkunjung di blog Cik Dila ni. Harini Cik Dila nak kenalkan sikit diri Cik Dila supaya kawan-kawan blogger Cik Dila kenal. hehe. Walaupon tak bersua muka , tapi kenal di alam maya pon boleh kan.

Cik Dila merupakan Pengedar Shaklee Seremban yang aktif. Sejak kahwin, Cik Dila memulakan bisnes Shaklee kerana ianya sangat mudah dan sangat sesuai untuk para surirumah macam Cik Dila ni. Sepanjang Cik Dila bekecimpung dalam  bisnes Shaklee ni, makin ramai yang nak COD ke rumah. Sejak itu, Cik Dila tanam niat untuk buat stok kat rumah supaya customer dapat barang dengan cepat serta servis terpantas dari Cik Dila.
gambar terkini, no edit tau. hehe 


Kenapa Kena Beli Shaklee Dengan Cik Dila?

1. Cik Dila merupakan ahli team #SuperStarzFamily di bawah naungan Master Salwa yang mempunyai pengalaman 20 tahun di dalam Shaklee. Jadi, segala ilmu mengenai produk Cik Dila belajar dari beliau supaya Cik Dila experts untuk bantu ramai orang dengan Shaklee bukan takat menjual je.

2. Team #SuperStarzFamily mendapat bimbingan terus dari pakar nutrisi serta doktor berpengalaman. Jadinya konsultasi Cik Dila bukan main taram aje tapi segala ilmu mengenai produk Shaklee Cik Dila dapat dari pakar nutrisi dan masalah yang dihadapi oleh pelanggan pon akan dirujuk kepada pakar nutrisi untuk mendapatkan vitamin Shaklee yang sesuai dan dapat bantu menyelesaikan masalah pelanggan Cik Dila.

3. Cara makan yang betul Cik Dila akan bagi setelah barang sampai ke tangan anda. Ini eksklusif untuk pelanggan Cik Dila aje supaya pelanggan Cik Dila mendapat kesan yang terbaik dengan vitamin Shaklee.

4. Cik Dila juga akan follow up customer yang beli dengan Cik Dila untuk tujuan agar pelanggan mendapat kesan yang diidamkan serta didedahkan ilmu pengetahuan mengenai produk yang dimakan.

Jadinya ,bagi anda yang mencaru-cari produk Shaklee untuk kesihatan jangka panjang 
boleh lah hubungi Cik Dila untuk POS ataupon COD ye. 

klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873







Friday, September 15, 2017

Resepi Jus Carrot Susu

Assalamualaikum dan salam jumaat yang mulia.Di petang hari yang redup ni Cik Dila nak berkongsikan Resepi Jus Carrot Susu yang sedap nyummyliciousss!  Hehe.  Sebenarnya ini kali kedua Cik Dila buat tau. Sememangnya memerlukan kerajinan sedikit untuk buat jus carrot susu secara homemade ni. 

Ok,  untuk bahan nak buat Jus Carrot ni mudah sahaja. 

1. Carrot
2. Air
3. Susu pekat

Untuk kali ini,  Cik Dila gunakan 3 batang carrot. 

Ok,  cara-cara nak buat:



Step 1: Basuh dan buang kulit carrot.


Step 2: Potong dadu/ kecil untuk mudah diblender. 



Step 3: masukkan carrot yang dah dipotong ke dalam blender 
dan masukkan secawan air kosong. 


Step 4: blender lumat sampai diri sendiri puas hati!  Hehe. 


Step 5: tapis untuk mendapatkan air carrot sahaja.  
Hampasnya tu boleh ulang balik step 2&3 sampai puas hati. Hihi

Step 6 : ambil air yang di tapis dan letakkan susu pekat sehingga sesedap rasa ditekak. 
 Lebih elok kurangkan manis biar rasa manis manis buah gituu. 

Step 7 : letakkan ais, hidangkan dan minumlah bersama yang tersayang .  Hehe

Oh ye,  hampas yang di tapis tadi jangan buang dulu.  
Manfaatkan dengan membuat masker / scrub di muka anda. 


KEBAIKAN LOBAK MERAH

Semua orang tahu , lobak merah sangat bagus untuk kesihatan mata. Retina mata kita memerlukan Vitamin A untuk berfungsi dengan baik.Dalam retina, Vitamin A akan bertukar menjadi pigmen ungu untuk penglihatan.Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.
Oleh itu, lobak merah merupakan makanan yang baik untuk mata dan kaya dengan beta carotene yang boleh ditukar kepada Vitamin A di dalam hati. 

sebab itu, kalau anda seorang rabun elok amalkan minum jus carrot setiap hari atau amalkan Carotomax yang kaya dengan BETA CAROTENE dan pelbagai antioksidan untuk kesihatan mata. 

Okla,  lain kali Cik Dila kongsikan resepi lain pulak ye. 

Selamat mencuba!  




Saturday, September 9, 2017

6 Vitamin Yang Perlu Di Amalkan Sepanjang Hamil

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Entry kali ini Cik Dila nak bercerita mengenai vitamin yang perlu diamalkan sepanjang hamil.Kehamilan merupakan perkara yang paling indah dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan yang baru berkahwin. Buat yang akan bergelar ibu tak lama lagi,  Cik Dila ucapkan tahniah atas kehamilan anda. Bagi yang masih belum bergelar ibu, usah bersedih insyallah rezeki pasti ada.


Bukan semua orang menjalani tempoh kehamilan dengan mudah.  Bila masuk je tempoh kehamilan, majoriti ibu2 akan mengalami morning sickness yang membuatkan kita rasa lemah,  lesu dan tidak bertenaga.  Paling teruk ada yang sampai kena warded sebab dehidrat.  Itulah pengorbanan kita sebagai seorang ibu sebelum mendapat zuriat yang dinanti-nanti. Oleh itu,  sangat penting ibu hamil mengamalkan vitamin sepanjang kehamilan agar bayi dalam perut mendapat nutrisi yang secukupnya untuk membesar dengan sihat sehingga selamat dilahirkan.

Antara vitamin yang PERLU di amalkan sepanjang hamil ialah:


1) BCOMPLEX

Kenapa kena ambil Bcomplex atau dikenali sebagai asid folic ini?  Sepanjang Cik Dila pregnant memang Cik Dila tak ambil asid folic klinik tapi Cik Dila ambil vitamin Bcomplex Shaklee kerana Shaklee ada kesemua 7 vitamin B yang diperlukan oleh badan kita. Rata-rata ibu hamil mesti dah tahu kepentingan mengambil vitamin asid folic ini untuk mengelak kecacatan pada janin kan.  Tapi sebenarnya bukan itu sahaja tau,  vitamin B sangat penting untuk penghasilan telur yang sihat di ovum kita sebelum membentuk janin..Selain itu, Vitamin B dapat membantu dari segi tenaga, emosi dan hormon agar tenang sepanjang kehamilan. 


2) OSTEMATRIX

Selalu sangat Cik Dila dengar ibu hamil menghadapi masalah sakit belakang,  sakit pinggang dan cramp kaki di waktu malam.  Hal ini terjadi kerana ibu hamil mengalami kekurangan kalsium dan sepanjang kehamilan kalsium ini telah berkongsi dengan bayi dalam perut.  Itu sebab,  ibu hamil kena topup banyak kalsium supaya dapat atasi masalah sakit sakit belakang dan cramp sekali gus menguatkan tulang baby. Kalsium memang boleh didapati dalam susu tapi dalam susu kandungan magnesium tidak mencukupi keperluan untuk membantu kalsium di serap dengan lebih baik. Bagi ibu hamil yang jenis susah nak telan susu sangat digalakkan untuk amalkan ostematrix shaklee ni sekaligus membantu melancarkan sistem pembuangan.  Kadang kala apabila kita hamil,  masalah sembelit pasti akan terjadi oleh kerana janin semakin membesar.



3) ENERGIZING SOY PROTEIN ( ESP)

Dalam fasa mengandung,  ibu akan kerap makan untuk salurkan makanan berkhasiat kepada bayi di dalam perut.  Dalam pada itu,  ibu juga perlu menjaga berat badan supaya tidak menjejaskan kesihatan.  ESP SHAKLEE sangat bagus diamalkan oleh ibu hamil kerana ia membantu ibu kekal bertenaga dan membuatkan ibu kenyang lebih lama. Selain itu,  ia membantu menguatkan rahim ibu dan kukuhkan janin dalam rahim.




4) OMEGA GUARD 

Minyak ikan dikatakan sangat baik untuk perkembangan otak. Masa hamil adalah masa yang paling terbaik untuk makan omega guard ni untuk perkembangan otak anak. Masalah sekarang ni , banyak dah brand minyak ikan kat luar sana tapi belum tentu selamat.Specialnya minyak ikan Omega Guard Shaklee ini diperbuat daripada ikan air laut dalam yang bebas pencemaran. Jadi pilihlah minyak ikan yang terbaik yang tinggi dengan DHA seperti Omega Guard Shaklee supaya anak mendapat khasiat yang terbaik di dalam perut.  Omega Guard juga berfungsi untuk membakar lelemak masa ibu mengandung. Almaklumlah masa mengandung hentam makan banyak-banyak tapi insyallah berat akan maintain je sebab makan omega ni. 



5) VITALEA 

Vitalea mengandungi multivitamin dan multimineral penting yg diperlukan oleh tubuh.  Memang tak dinafikan ibu hamil perlu memastikan hidangan makan setiap hari dengan sayur dan buah.  Tapi melihat kepada kepada sayur dan buah hari ini tidak lagi segar membuatkan ibu hamil sangat perlu mengambil vitamin tambahan untuk bantu melengkapkan nutrisi harian.  Vitalea juga membantu ibu2 yang mempunyai masalah HB LOW dengan syarat perlu di ambil bersama-sama VITAMIN C.  Apabila kandungan semakin membesar,  HB akan semakin rendah yang menyebabkan ibu cepat letih dan berisiko terhadap janin. Sebab itu perlunya zat besi untuk membantu mengatasi masalah HB LOW. Perasan tak kadang kala ibu hamil sudah pon makan sayur bayam, jambu batu dan hati tetapi HB tetap juga rendah? ini bermakna kandungan zat besi yang ada dalam makanan tadi tidak mencukupi.

6) VITA -C PLUS

Vitamin C sememangnya sangat penting untuk menguatkan sistem imun ketika sedang hamil. Bagi orang yang antibodinya lemah akan sangat mudah demam, sakit kepala dan lesu. Ketika hamil, apa yang kita makan akan disalurkan kepada bayi di dalam perut, Sebab itu pengambilan vitamin C ketika hamil membuatkan bayi dalam perut juga mempunyai sistem imun yang kuat insyallah. Selain tu, vitamin C juga sangat bagus untuk pertumbuhan kulit yang cantik.

Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah ketika hamil seperti sembelit, pening kepala kerap,  sakit belakang, selalu cramp jangan berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.  Ikhtiarlah dengan vitamin shaklee kerana ia dah terbukti selamat untuk orang yang hamil.

Paling best,  bila consume vitamin shaklee nj boleh teruskan sehingga berpantang tau!   Cik Dila pon amalkan vitamin Shaklee sepanjang mengandung dan diteruskan dengan berpantang. Hasilnya susu badan meriah, baby sihat dan tak mudah sakit insyallah.  

Alhamdulillah sepanjang kehamilan Cik Dila tiada masalah HB low,  sembelit,  kejang kaki,  cramp,  sakit belakang asbab makan shaklee dengan izin Allah. Walaupon Cik Dila ada msalah berat badan naik mendadak tapi blood pressure cantik dan takde masalah GDM ketika hamil.
Bila kesihatan ibu ok sepanjang kehamilan,  ibu pon gembira kerana bayi dalam perut membesr dengan sihat. 

Sekiranya anda mencari produk shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari team #SuperStarzFamily kerana team kami mendapat bimbingan terus dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman atau boleh terus hubungi Cik Dila.

klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873


Krim Herbal Blend Shaklee Untuk Ruam Bayi, Chicken Pox dan Banyak Lagi

Pernah dengar pasal Krim Herbal Blend Shaklee?  Krim ni sangat popular dikalangan mak-mak untuk digunakan pada kulit anak-anak tersayang.Sekarang ni kalau kita tengok banyak sangat krim yang dijual untuk kegunaan baby tapi adakah krim tersebut selamat untuk digunakan kepada anak kita? Oleh sebab itulah Shaklee menghasilkan Krim Herbal Blend Shaklee.


Krim herbal blend Shaklee atau dikenali sebagai krim MultiPurpose ini sudah 15 tahun berada di pasaran dan sehingga hari ini permintaan masih tinggi.  Ini membuktikan krim herbal blend sangat selamat dan berkesan untuk kegunaan pengguna.

Herbal blend Shaklee di kategorikan sebagai produk skincare yang mengandungi 4 campuran herba:

4 Herba Dalam Krim Herbal Blend Shaklee

1. Sage
Berfungsi sebagai anti antiradang seperti bisul  ruam,  ekzema

2. Horse Chesnut
Berfungsi sebagai antiradang dan sangat bagus untuk disapu pada kaki yang ada urat2 timbul atau masalah kaki sakit tak tahu sebab apa. 

3. Yarrow
Berfungsi sebagai antibakteria, antifungus, antivirus dan bertindak macam cool fever.

4. Rosemary
Berfungsi sebagai antibakteria dan boleh melancarkan peredaran darah dan biasanya di gunakan dalam masakan

Herbal blend shaklee juga mempunyai effect MENTHOL untuk memberikan
 rasa "cooling effect " dan ianya TIDAK SESUAI untuk luka yang terbuka.

Sekiranya anda ingin mendapatkan Herbal Blend Shaklee,  boleh terus hubungi Cik Dila
 dan pastikan anda mendapatkan produk shaklee dengan team terlatih kami 
#SuperstarzFamily kerana team kami mendapat bimbingan secara terus dengan 
pakar nutrisi dan doktor berpengalaman.

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan lebih jimat

No ID : 1211873


Thursday, September 7, 2017

Ostematrix Shaklee : Calcium Magnesium dan Vitamin D Terbaik

Assalamualaikum dan salam ceria buat pembaca blog ini. Harini Cik Dila nak kongsikan tentang kalsium yang mana Cik Dila pasti semua orang dah tahu kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi.Persoalannya sekarang kenapa shaklee hasilkan Ostematrix Shaklee? Apa beza pil Kalsium kat luar sana dengan Ostematrix Shaklee ni?  

Ok,  inilah rupa tablet kalsium Shaklee, Ostematrix

Ostematrix atau nama asalnya iaitu Calcium Magnesium merupakan tablet kalsium yang mempunyai kandungan kalsium,magnesium,  vitamin D dan komponen yang lain untuk fungsi badan manusia.
Kalsium merupakan mineral paling banyak dalam badan manusia. 99% kalsium letaknya di tulang dan gigi manakala 1% lagi kalsium terletak di dalam darah. Ini bermakna,  tubuh kita sangat memerlukan kalsium yang cukup untuk berfungsi dengan baik. 

Apa Pentingnya Kalsium Untuk Kita? 
Badan kita memerlukan kalsium untuk salur darah dan otot untuk gerakkan anggota badan.Kalau nak tahu,  organ utama yang terbentuk dari otot adalah jantung.  Jadi,  sangat penting untuk kita pastikan keperluan kalsium mencukupi setiap hari untuk menyokong sistem dalam badan.

Di anggarkan kira-kira 3kg sehingga 7kg bayam mentah perlu di makan setiap hari untuk memenuhi kadar kalsium yang cukup untuk badan. Masalahnya sanggup ke nak telan bayam mentah-mentah macam tu je? hehe.  Cik Dila sendiri pon tak sanggup. 

Manfaat Kalsium Untuk Tubuh.
- untuk membina tulang dan gigi
- penting untuk pembekuan darah
- penting untuk signal penghantaran otak
- penting untuk kecutkan otot (untuk orang yang selalu cramp)
- untuk denyutan jantung yang sihat.

Keperluan Kalsium Mengikut RDA ( Recommended Daily Amount)
  • Baby = 200mg 
  • 4-8 tahun = 1000mg
  • Wanita = 1200mg
  • Wanita menyusu dan hamil = 1300mg
*4 biji ostematrix = 8 gelas susu bersamaan 1000mg.


Kenapa Kena Pilih Ostematrix Shaklee? 
1. Ostematrix mempunyai kandungan magnesium yang mana ianya susah di dapati tapi sangat penting untuk penyerapan lebih berkesan dan memastikan kalsium di bawa ke tempat yang sepatutnya di dalam badan. 
2. Selain kalsium, ostematrix juga mempunyai kandungan vitamun D yang diperlukan untuk serap dan masuk ke dalam darah. 
.
Apa Jadi Kalau Kita Kekurangan Kalsium?
- kepenatan melampau
- selalu cramp
- tidur terganggu
- denyuyan jantung tak normal
- sembelit
- mudah lenguh dan sakit belakang
- gigi dan tulang rapuh
- risiko osteoporosis semakin tinggi


Jadi,  rasa-rasa penting tak ostematrix ni untuk kita?  Pengalaman Cik Dila sendiri dengan ostematrix pon hampir 2 tahun memang sangat memberi kesan yang terbaik dalam hidup Cik Dila.  Paling best Cik Dila tidak lagi mengalami sembelit dan sepanjang mengandung tak pernah alami cramp yang melampau atau sakit2 belakang. Alhamdulillah.

Bagi anda yang ingin mendapatkan ostematrix Shaklee,  boleh dapatkan dengan Cik Dila atau pastikan anda mendapatkannya dari team #SuperstarzFamily kerana team kami dibimbing terus oleh pakar nutrisi dan doktor berpengalaman. 

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan lebih jimat

No ID :1211873 




Spaghetti Aglio Olio Udang

Hai semua.Dah lama rasanya tak share resepi dalam blog ni. Hehe. Bukan bermakna dah lama tak masak tapi takde resepi baru nak share. Okla memandangkan sebelum ni Cik Dila tak pernah makan spageti aglio,  jadinya pernah order lah sebab nak rasa.  Sekali sedap pulak.  Tapi kali ni kita buat sendiri pulak supaya boleh lah makan bertambah! Hehe. Jadi,  meh Cik Dila tunjukkan cara paling simple and sweet untuk buat Spaghetti Aglio Olio Udang ni.


Bahan nak buat Spageti Aglio Olio Udang:
  • Sebungkus Spageti 
  • Udang dikupas kulit
  • Bawang putih di racik halus
  • Bawang merah diracik halus
  • Chili flakes
  • Oregano flakes
  • Parsley flakes


Cara buat :

  1.  Rebuskan spageti macam biasa ( didih air panas dan celur sampai lembut).  Nak tahu lembut picit guna tangan.
  2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. 
  3.  Masukkan udang  dan letak segala flakes yang ada ikut suka je. 
  4.  Masukkan spaghetti yang telah direbus dan di tos tadi. 
  5.  Gaul sebati dan letakkan minyak zaitun supaya spaghetti nampak berkilat dan tidak putus apabila di gaul-gaul dalam kuali tu. 
  6.  Rasa dan tambah chili flakes kalau nak pedas lagi.
  7.  Siap! 

Spaghetti ni memang kesukaan Cik Dila tau.  Sebelum ni pernah guna ayam tapi nampaknya udang lagi menyerlah dan sedap rasanya dalam Aglio Olio ni sebab rasa udang yang manis-manis tu. 
Okla,  kalau anda tak pernah cuba buat spaghetti Aglio Olio ni pastikan anda cuba buat dan rasa sendiri!  Memang sodap tak terkato! 

Selamat mencuba!

Wednesday, September 6, 2017

7 Alasan Orang Selalu Guna Dalam Bisnes

Assalamualaikum. Bercakap soal bisnes,sekarang ni ramai yang nak bisnes tapi selalu beralasan sehingga akhirnya langsung takda usaha mahupun hasil. Jadinya harini Cik Dila nak kongsikan 7 Alasan Orang Selalu Guna Dalam Bisnes yang mana membuatkan diri berada di "zon selesa"


Antara alasan yang selalu kita dengar ialah:

1. ESOK SAYA START
Sifat suka bertangguh ni memang mula-mula cakap esok, lepas tu minggu depan, kemudian bulan depan, sampai lah dah setahun lepas tu pun dia masih cakap "esok saya start".

2. SAYA TAKDE MASA
 Masa yang Allah bagi pada semua orang sama je iaitu 24 jam.Orang yang berjaya pon ada 24 jam untuk berjaya , so kenapa tidak kita? dan kenapa masih beralasan "saya takde masa".

3. SAYA TERLALU TUA UNTUK INI
kalau nak tahu dalam biz SHAKLEE ni , ada je yang dah 50-an pon masih gigih usaha sampai berjaya tapi kita yang muda mudi ni pulak rasa "saya dah terlalu tua" tu kenapa? 

4. TAK TAHU NAK MULA
Ini memang asalan yang paling famous. Dah 10 tahun join pun masih tanya soalan sama macam SID yang baru daftar semalam "mcm mana nak mula?". Padahal, hari2 dah bagitau dlm group coaching

5. SAYA TAK BERANI
Tak berani bukan sebab apa pun, tak berani nak dipandang serong orang sekeliling je "nanti apa orang cakap dah keje pon masih nak biz lagi? tak tahu ke orang yang cakap camtu pon ada biz diam-diam. zaman sekarang ni tak logik kalau takde biz parttime.

6. SAYA TAK PANDAI
Come on, semua orang start dari zero. Bukan lahir-lahir dah pandai berbisnes.Mula dengan apa yang kita ada. janji nak belajar dan rajin.

7. SAYA TAKDE DUIT
haaa, ni memang alasan yang tak berguna dalam biz Shaklee sebab daftar ahli boleh percuma je pon. So, takde istilah " saya takde duit"

Nak berjaya kena tanya pada diri, KENAPA NAK BERBISNES? 
dan Pastikan kita semua padam 7 Alasan di atas dalam minda kita. 

sekiranya anda tercari-cari bisnes yang boleh diwariskan kepada orang lain, ShakleeBiz lah jawapannya.Pastikan anda mendaftar ahli dengan team #SuperStarzFamily kerana team kami mendapat bimbingan terus dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman.

klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga yang lebih jimat.

No ID : 1211873



Tuesday, September 5, 2017

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik DHA EPA Tertinggi

Omega 3 merupakan asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Pentingnya Omega 3 ini kerana mempunyai banyak manfaat untuk tubuh manusia. Yang membimbangkan sekarang adalah minyak ikan Omega 3 yang berada di pasaran kebanyakkan menggunakan hati ikan yang mana letaknya banyak toksin atau bahan logam berat yang boleh menyebabkan risiko kanser! Oleh sebab itulah , Shaklee hasilkan Omega Guard Shaklee.

ini rupa minyak ikan Omega Guard Shaklee

 Apa BEZA Omega Guard Shaklee dengan Minyak ikan yang lain?

Omega Guard Shaklee atau dikenali sebagai Minyak Ikan Terbaik mengandungi kandungan DHA yang paling tinggi.Omega Guard Shaklee dihasilkan oleh ikan laut dalam dari perairan yang sejuk serta bebas dari pencemaran.

Satu perkara yang kita semua kena faham adalah minyak ikan datangnya dari ikan.Pemilihan ikan dari laut yang bebas pencemaran sangat penting untuk memastikan ikan yang akan di ekstrak menjadi minyak ikan itu selamat dari bahan logam berat yang mengandungi merkuri yang boleh menyebabkan risiko kanser! Otak kita pula diperbuat daripada LEMAK.  Dan logam berat ini sangat mudah di serap dalam lemak. 

Shaklee hasilkan Omega Guard dengan mengambil bahagian badan ikan sahaja dan tidak mengambil bahagian hati  (liver) ikan.  Minyak ikan yang ada dipasaran kini banyak yang menggunakan hati ikan.  Ini yang perlu kita tahu supaya minyak ikan yang kita pilih itu selamat dimakan dan berkesan.

Kenapa Penting Ambil Asid Lemak Omega 3?
  1. Omega 3 merupakan asid lemak penting yang badan tidak boleh hasilkan.
  2. Omega 3 mengandungi essential fatty acid yang badan perlukan.
  3. Omega 3 banyak membantu badan dalam proses hormon, prostaglandin serta keseimbangan metabolisma.
  4. Omega 3 mengandungi komponen penting untuk membina otak manusia.

Kebaikan Omega 3
- melawan inflammation
- mengawal pembekuan darah
-fungsi otak berjalan dengan baik.( sangat digalakkan untuk ibu hamil amalkan)
- hormon stabil
- terpelihara dari penyakit lupa ingatan
- sistem imun sihat
- terlindung dari penyakit lelah,  asma atau batuk
- penting untuk pembentukan tulang




Istimewanya Omega Guard Shaklee

  • 1 kapsul Omega Guard mengandungi kandungan DHA paling tinggi.
  • Shaklee menjalankan 3 kali penyulingan untuk menyingkirkan logam berat sebanyak 2 kali dan sekali lagi untuk menghilangkan bau ikan.
  • Kandungan DHA dalam Omega Guard paling tinggi berbanding minyak ikan yang lain.
  • Mengandungi LEPTIN untuk kawal selera makan.

Sekiranya anda mencari-cari Minyak Ikan Terbaik, Omega Guard Shaklee la jawapannya. 
Pastikan anda mendapatkan Omega Guard dari team #SuperStarzFamily #BuildByMe atau dengan Cik Dila sendiri supaya anda mendapat konsultasi yang betul dengan team kami yang mempunyai pengalaman 20 tahun produk serta bimbingan secara terus dengan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman.

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873