Saturday, November 4, 2017

Resepi: Sambal Tempe Goreng dan Ikan Bilis

Assalamualaikum, hai semua.  Selamat berhujung minggu!  Rasanya dah lama tak kongsikan resepi kat blog ni kan?  Hihi. Maklumlah bila dah ada anak kecik nak masak pon jadi lama nak siap sebab kejap kejap stop. ok, harini Cik Dila nak kongsikan resepi Sambal Tempe Goreng dan Ikan Bilis.


Sebenarnya kan,  Cik Dila bukan lah penggemar tempe. Dari zaman bujang,  kalau makan lauk sambal kentang ikan bilis yang ada tempe tuu,  konfem Cik Dila akan kuis-kuis tempe letak tepi dan ambil kentang je tau.  Tapii lepas dah kahwin dan ada anak ni,  hormon makan tu bertukar 360 darjah.  Yang mana tak suka makan, jadi sedapp sangat aihh. Tu pasal orang kata masa bujang memilih sangat tak makan,  dah kahwin konfem hentam je semua.  Hihi. 


Cik Dila pon suruhlah encik husband carikan tempe. Haritu dah beli tapii sebungkus tak cukup wehh.Tu yang suruh pi beli lagi.Nahhh,  sekali dia beli 5 paket kau.  Muka pon macam tempe. Haha
Okla,  meh Cik Dila kongsikan resepi nak masak sambal tempe ni. 

Bahan yang perlu ada : 

1. Tempe 2 bungkus
2. Segengam ikan bilis
3. Lada kering
4. Bawang putih
5. Bawang merah
6. Garam
7. Gula
8. Asam jawa 

Cara penyediaan:

1. Basuh segengam ikan bilis.
2. Tempe dipotong panjang , lepas tu gaulkan dengan kunyit dan sedikit garam.
3. Blender lada kering,  bawang putih dan bawang merah sampai lumat.
Ok apabila semua dah ready.Jom masak!

Cara masak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng dulu ikan bilis sampai garing.
2. Lepas tu , goreng pula tempe yang dah digaul dengan kunyit tadi. Goreng sehingga sedikit garing tapi jangan sampai hangus pula.
3. Guna minyak yang sama , kalau terkurang tambah la sikit agak-agak je , masukkan bahan blender tadi.Masak sambal guna api besar bagi cili tu masak.
4. Masukkan garam dan gula serta air asam apabila sambal dah naik minyak.
5. Kecilkan api biarkan sambal masak lama sikit sambil  tu rasa dan adjust lah rasa ikut tekak.
6. Masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaulkan di atas kuali.
7. Siap untuk dimakan.


Alhamdulillah lauk simple dan cepat je harini. Kalau pekena ulam kacang panjang lagi sodap tapi apakah daya ini saje yang ada. Janji makan ye dak? 

oh ye, tempe ni sangat bagus untuk ibu menyusu tau , selain tu Cik Dila amalkan ESP juga untuk susu badan lebih pekat dan anak pon kenyang.

okla, selamat mencuba resepi ni! 



Post a Comment